elergi sunyi
Selepas Ramadhan seperdua
Bayu kabut menabiri purnama
Rindu bonda membenak didada
Bening desa dan kenangan lama
...
Di beting kuala kuukirkan cinta
Pernah kita bercanda gembira
Kini selepas sekiannya lama
Kenangan itu berputik semula
...
Tiga dekad ditinggalkan masa
Semula bertemu antara kita
Dan mata bertentangan mata
Masih bergegar iman didada
...
Ramadhan yang ini aku mengaku
Aduhai tuhanku ampunilah aku
Tiada mampu terusan menipu
Menyintai dirimu seperti dahulu
...
Seandainya masih ada dihatimu
Secebis harapan memiliki diriku
Aku juga mengharapkan begitu
Tunggulah takdirmu dihujung waktu
...
Lobai5981:SL 181 sg long
Tiada ulasan:
Catat Ulasan