Selasa, 7 Ogos 2012

terkadang
oleh Md Share Abd Ghani pada pada 24hb Julai 2012 pukul 10.12 pagi ·

terkadang...
tak mampu bahasa mengungkap
tiada upaya berdoa berharap
biarlah jadinya sekehendak Ilahi
akan kupasrah menghadapinya nanti
kerana sesungguhnya
pintamu selangit menara
tiada mampu untuk ku uja
walau mengerah segenap tenaga
...
terkadang...
kelu lidah untuk berbahasa
buta mata dan tuli telinga
tiada guna berpanca indera
tidak mampu mengutarakan fakta
sefasih lagu nyanyian pujangga
kerana mahumu
ditelan diluah ruginya setara
...
terkadang...
terasa pencak sumbang langkahnya
ajian jurus kosong dan hampa
musuh ketawa memerhatikan kita
kail sejengkal lautan diduga
kerana egoku
dilaman laga mendabik dada
melihat dunia kecil semua
...
terkadang...
antara kita tiada beza
...
Lobai5981:tmn impian putra, bangi
Suka · · Unfollow Post ·

Tiada ulasan:

Catat Ulasan