Ahad, 26 Ogos 2012

Empat puluh ramuan perisa
Yang berkongsi belanga
Pasti mewarnikan selera
Hidangan pelbagai rasa
...
Empat puluh puteri dan putera
Dalam sebuah keluarga
Meriahnya suasana
Wajah pelbagai rupa
...
Empat puluh kuntum puspa
Didalam taman istana
Harum dan beraroma
Berseri di singgahsana
...
Empat puluh laras senjata
Taruhan sang perwira
Berkorban jiwa raga
Negara kan sentosa
...
Empat puluh pintu gua
Bertapa anak bangsa
Subur ilmu di dada
Masyhur di sayembara
...
Empat puluh tahun usia
Teratak perguruan kita
Pasti cukup dewasa
Kiranya masih bernyawa
...
Empat puluh puncak menara
Kau tawan dengan jaya
Berdirilah dengan bangga
Genggam ijazah bangsa
...
Lobai5981: tmn impian putra, bangi
Dalam tajuk Empat Puluh untuk Ansara Seremban

Tiada ulasan:

Catat Ulasan