INTIFADA
Oleh: md share abd ghani
Kerikil-kerikil tajam
Dalam genggaman kekanak Firdausi
Telah berakad dengan Penciptanya
Yang anak anak syurga itu
Kan jadi Ababil yang seterusnya
Tiada dia gentar,
Nempertaruh raga
Kerana Kekasihnya
Telah mengosongkan ruang untuknya
Dalam kamar Jannatul Firdausi
Anak-anak Intifada
Kami rayu kebangkitan kalian
Dengan doa-doa
Kutipkanlah tulang temulang saudaramu
Asahkan ia setajam lembing
Dan tusukkan kedalam dada musuhmu
Dan menangkanlah juang ini
Bagi pihak kami
Tuhan
Ambilkanlah lisan kami
Menjadi duri seligi
Membenami hati musuh-musuh kami
Biarkan kegerunan
Menjadi wajah,
Dan kekalkan Intifada menjadi wadah
Didalam hati
Yang tidak mengenal kalah
Lobai: Kmpg. Sg. Kembung Hilir
Bangi
141015
Tiada ulasan:
Catat Ulasan