Selasa, 10 November 2015

SEBATANG ROKOK SEBUAH JAYA

SEBATANG ROKOK SEBUAH JAYA
Oleh: md share abd ghani

Kepul kepul asap mengabusi mimpi
Tidur si lelaki dengan api masih di jari
Mimpinya tentang jaya yang dipinangnya dengan janji
Dan api di jari yang akhirnya terpadam sendiri

Dia lelaki berani, tidak mudah ditakuti
Betapa mahal sigarnya, mahal lagi harga diri
Baginya cabaran adalah untuk ditakluki bukan ditakuti
Memadai sebuah jaya biarpun dalam bahaya
Selepas yang pertama sigar yang kedua pula dinyala

Dia lelaki yang kaya biarpun tak memiliki apa
Dengan sebatang rokok keyakinannyapun menokok
Hidup umpama jentera berapi serta berasap
Tanpa api dan asap kejayaannyapun lenyap

Lobai: Kmpg Ginching
Salak Tinggi
111115

Tiada ulasan:

Catat Ulasan