Ahad, 1 November 2015

LIMA KAKI
Oleh: md share abd ghani

Lima kaki
Dari aras bumi
Penuh daki
Tak tercuci
Pelbagai aksi
Mengejar duniawi
Terlupa kaki
Masih berdiri
Di ladang perhati

Lima kaki
Bawah aras bumi
Begitu sunyi
Ditinggal sendiri
Tangisan dang suri
Putera dan puteri
Akhirnya pergi
Harta berguni
Dibahagi-bahagi

Lima kaki
Sana dan sini
Menjadi saksi
Ternyata janji
ZAT Yang Abadi
Benar sekali.

Lobai: Tmn. Impian Putra
Bangi
281015

Tiada ulasan:

Catat Ulasan