.oleh Md Share Abd Ghani pada pada 22hb Mac 2011 pukul 1.14 ptg.
biarlah kasih bersuara
tentang hati yang curiga
sememangnya tiada sempurna
cinta antara manusia
segalanya sementara
biarlah kasih berbicara
tentang madu yang berbalas tuba
sememangnya kita manusia
terlalu mudah melupa
pada budi dan jasa
biarlah kasih bercerita
tentang jerih berumahtangga
sememangnya sebegitu rupa
berkorban jiwa dan raga
mengekalkan keharmoniannya
biarlah kasih berseloka
tentang harapan dan segala cita
sebegitu lakunya manusia
sekadar merancangkannya
selebihnya kehendak Dia
biarlah kasih bersuara
tentang semua cerita
berbicara dan berseloka
kita sedia mendengarnya
kerana kasihkannya sama!
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan