Rabu, 2 Mac 2011

sekawan tak sereban

kitalah makhluk itu
yang dibanding dan disuku
mengikut kasta dan bulu
sedang asalnya dulu
sama kita seperdu
dari rumpun nan satu

kitalah selepas itu
berbahasa berlainan lagu
mengecap budaya baharu
dan gaya berbeza mutu
pada zaman yang serba maju
hingga saatnya bertemu
tiada lagi seperti dulu

sekawan kita tidak lagi sereban
setiap kita punyai haluan
matlamat serta tanggungan
agak rumit untuk ditafsirkan
masing masing punyai peranan

sekawan tak sereban
dimanakah titik pertemuan
sentiasa dibatasi rintangan
pada setiap kemungkinan
kan sentiasa mengharapkan

sekawan dan sereban
secebis kisah dalam kenangan
takkan kita lupakan
kekal sepanjang zaman
selagi hayat dikandung badan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan