himpunan mimpi
oleh Md Share Abd Ghani pada pada 17hb Mac 2011 pukul 4.53 ptg
terkadang diri merasai
bahagia tiada terperi
biarpun untuk sekali
andai cuma sehari
lena yang diwarnai mimpi
bayangannya indah sekali
ada masanya pula
seakan menjadi mangsa
jelmaan pelbagai rupa
diri tiada daya
yang mampu menghalangnya
kitalah mangsanya
pada lena yang fana
pada lain ketika
kita didatangi tanda
akan suatu peristiwa
tanpa memikirkannya
kita ketepikan dengan leka
selepas mengharunginya
baru diri terasa
seperti pernah diuja
pada perkara yang serupa
lemahnya deria kita
serta tiada pula peka
kejadian diantara lena
itulah tandanya kuasa
Sang Pencipta Maha Berkuasa
kita hanya manusia
begitu lemah fitrahnya
berbanding akan Dia
himpunan mimpi mimpi
yang pernah terjadi
didalam kehidupan ini
sentiasa jadi misteri
apakah benar terjadi
atau cuma bak pelangi
indah berwarna warni
sekadar dikagumi
selepas hujan pergi
dan mentari kembali
menerangi isi bumi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan