bila makmum terpesona
.oleh Md Share Abd Ghani pada pada 11hb Mac 2011 pukul 3.46 ptg.
solatku yang sempurna
bukan kerana hujan cuacanya
atau basah jalannya
solatku jadi sempurna
kerana kyusuk aku akan khutbahnya
tenteram jiwa mendengarnya
berjiwa khatib yang menyampaikannya!
tajuknya biasa biasa sahaja
tentang merdeka diri dan jiwa
tentang abdi dan hamba
tentang yang kini dan yang lama
akan tetapi mendalam kupasannya
merdeka yang dituntut oleh agama!
solatku yang sempurna
walaupun dudukku di kaki lima
dewan solatnya telah penuh semua
dingin cuaca menyambar muka
hatiku telah terpesona
jiwaku terpaut sama
dingin hati dan sejuk di jiwa
tatkala diperdengarkan kata kata
memuji akan kebesaran Yang Esa!
solatku yang sempurna
cuma surau bukan masjid ternama
tiris atap dan menitis airnya
bukan selesa yang diambil kira
bahkan pasrah yang mengharapkan redha
itulah sebenarnya makna merdeka
yang aku kutip dari khutbahnya sang khatib!
solatku yang sempurna
aku yakin dan aku percaya
adalah pabila imam dimulia
dan makmumnya terpesona
kehadratNya menjadi redha
mengharap dariNya yang serupa!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan