Khamis, 6 September 2012

ABAH (DI HUJUNG JENGAH)
Dedikasi buat arwah bapa mertua


Dihujungan jengah
Meniti susuk gemulah
Mentua yang kupanggil abah
Sunyi tanpa madah
Senyumnya resah
Kesan geruhnya yang payah
Tengkuknya riuk; patah!
Kerna tumpangannya dirempuh
Kecelakaan disudut selekoh
Daerah kelahiran Kuala Pilah
...
Abah
Masa abah tibalah sudah
Walaupun pedih dan berhati gundah
Kami relakan dengan pasrah
Dari melihat abah parah
Demi dari melihat abah menggelupur lelah
Keluar dan masuk kedewan bedah
Dan demi dari melihat airmata bonda tumpah
Menyesali takdir dan menangisi tuah!
...
Abah
Setahun berlalu sudah
Ingatan padamu segar terserlah
Senja ini diatas sejadah
Kubingkis buatmu doa dan madah
Ampunkan yaAllah dosa dan salah
Tempatkan untuknya semayam indah
Sebaris bersama para Auliah
Umat kesayangan baginda Rasulullah
...
Lobai: tmn impian putra, bangi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan