Khamis, 6 September 2012

PENCARIAN


Menyelusuri denai kehidupan
Sesat juga dalam pencarian
Tersedar dari sebuah pejam
Soalan tajam pantas kau rejam
Akukah yang dipersalahkan
Kerna dianugerahkan kekurangan
...
Pagi ini pada jerejak pintu teratak
Dalam intai yang antara nampak
Aku renung jauh awanan yang berkabut
Mencari rungkai sebuah kusut
Duhai hati yang sentiasa direbut
Tenanglah dari goda yang meribut
...
Dan pawana yang membelai dedahanan sena
Sampaikan kalimah kemaafanku terhadapnya
Sungguh duga ini mengundang airmata
Namun aku masih percaya akan hikmahNya
Suatu ketika entah yang bagaimana
Kan mampu kuraih akan nikmat bahagia
Biarpun seketika meski di hujung usia
...
Lobai5981:tmn impian putra, bangi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan