Khamis, 6 September 2012

PETANG YANG DERITA


Petang yang derita
Pergilah tinggalkan kita
Lupakan si airmata
Juga segala peristiwa
Biarkan pampang cela
Mewarnai muka
Ianya tiada apa
Kerna kita sudah biasa
Mendapat hina
Berwajah kusta
...
Petang yang derita
Biarkan si airmata
Memujuk rasa percaya
Alang alang menempa cela
Biar hati sampai binasa
...
Petang yang derita
Semalam wajah peta cinta
Terlakar dengan noda
Atas nama percaya
Tergadai siairmuka
Raga yang kau damba
Kau jual tanpa harga
Sebegitu sahaja!
...
Lobai5981:tmn impian putra,bangi
Untuk tajuk Petang Yang Derita

Tiada ulasan:

Catat Ulasan