Khamis, 6 September 2012

JUNTA HATI


Junta hati berkocak lagi
Bahagia yang berusia sehari
Didatangi pawana tak berperi
Remuk raga saat menangisi
Luluh jiwa mencari pasti
...
Tika pandangan mata tertacap
Pada susut bincut sekeliling parut
Sang angan menyapa seazab ucap
Mempelawa setia menyarungkan kasut
...
Entah; buana ini mungkin pentasan cuma
Tak perlu beriya memadai sendiwara
Kerana mungkin nanti pada akhirnya
Lakonan termulia dikurniakan mata
Dan pencari kebenaran tak punya apa
...
Hari ini, pendokong hak berdemonstrasi lagi
Dalam sebuah sunyi dia bereligi
Bersuara lantang berpenakan jari
Dengarkanlah duhai junta hati
Akukan memenangi sayembara ini!
...
Lobai5981:tmn impian putra, bangi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan