tatkala menguruskan perihal dapur
tergores ibu jariku pada hujung kuali yang baru
ah...masih merah darahku yang keluar
mungkin masih belum bisa untuk aku
melafaskan sumpah bak Mahsuri
dengarnya putih darah mengalir dalam tubuhnya
malah masih belum juga bisa untuk aku
melantik diri selaku raja bersultan di mata
kerana yang mengalir dalam tubuh ini
masih jua darah yang merah
kita ini sememangnya tiada siapa siapa
untuk dibeza atau dikasta
kerana dengan melihat darah merah yang mengalir
rupanya kita ini juga serupa
kalaupun tidak sama...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan