semasa kecil aku
jadi kegilaan jiran jiran ibu
gilir bergilir dikendong dukung
mengikut cerita kakak ku yang sulung
lantaran rambutku berwarna perang
mungkin asing pada pengamatan
benar tidak
itulah cerita mereka
tanpa bukti tiada fakta
hitam dan putih gambar yang lama
amat payah untuk dipercaya
selepas meningkat dewasa
cuba menjejak halaman yang lama
mencari cari sebarang petanda
menyimpul cerita serta deria
kerana yang nyata dihadapan mata
ibaratnya belantara
amat payah untuk diteka
dimanakah duduk tegak letaknya
teratak orangtua ku yang lama
sekali air bah
sekali jua pantai berubah
segala kenangan yang lama
sekarang cuma milik kita
tak mampu untuk dipusaka
kepada generasi baru yang ada
lebih tajam minda mereka
menuntut fakta dalam berseloka
bagi kita apakan daya
sekali air bah, sekali pantai berubah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan