berani kerana benar
ungkapan selalu kita dengar
takut kerana salah
mungkin perlu kita ubah
takutnya kita kerana Dia
takutnya kita seluruh anggota
sehingga dijaga lisannya kita
menghindar dari berkata dusta
menyebar fitnah dan juga ghibah
juga berkata tanpa faedah
perintahkan juga kepada hati
singkirkan permusuhan dan hasad dengki
kerana hasad ibarat pembakaran
bisa menghapus segala kebaikan
laksananya kayu dimakan api
tiada terkecuali terhadap pandangan
usah diperhati perkara yang haram
sambil perut dan sistem penghadaman
bersih dan halal isi makanan
takutnya kita setiap anggota
tangan dan kaki dijaga sama
lakukan cuma yang baik saja
demi mencari keredhaanNya
takutkan Allah kerana taat
sempurnalah sudah tujuh sifat
riak, munafik, dendam kesumat
gantikan dengan mengharap rahmat
berpesan kita ingat mengingat
moga menjadi hamba yang taat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan