Selasa, 3 Ogos 2010

mencari rentak

pada setiap acara
kamu namakan sahaja
ekonomi, pertahanan, teknologi, pertanian bahkan sukan
tiada ayat lain yang mesra kita ungkap
semuanya mencari cari rentak

yang telah jumpa rentak
mungkin merempit atau mengadun madat
yang dipelajari dari internet
juga budaya membuang bayi
yang tidak dipotong pusat

mungkinkah kita
memang sedang tercari cari rentak
bentuk bagaimana untuk dicorak
mencapai jaya dimasa kelak
membina peradapan yang baik akhlak

tepuk dada tanya selera
sudah tahu usah bertanya
kembali kita kepada suruhanNya
fahami semua firman firmanNya
beriman dan beramal akan ilmuNya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan