Selasa, 3 Disember 2013

AIR

AIR
Oleh: md share abd ghani

Jirusan gerimis
Membasah ketulang hitam
Membekukan mata dan rasa
Di bawah selimut, lena masih leka
Memburu goda mimpi pada cinta
Untuk kekasihnya yang bergelar dunia
Di luar jendela
Jentera merangkak berjela
Membawa warga kerja
Mungkin tibanya nanti
Terlewat dari biasa
Kerna dibatasi cuaca

Air...
Menjadikan jalanraya
Kelihatan sempurna
Tanpa tampalan dan lopak
Malah tanpa bendul dan bonggolnya juga
Menjerat kegopohan
Serta ketergesaan sang penunggang beroda dua
Di angkasa
Titis titis air sedang bersedia
Mempamerkan kuasa
Munghukum alpa
Dan kekurangan kita

Mungkinkah
Titis demi titis
Air dan gerimis
Mampu mempertahankan bumi
Dan menasihati hati
Yang sombong dan serakah ini
...
Lobai: pengkalan mpv
semenyih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan