Tumang
Oleh: md share abd ghani
Pada celah dedahanan manggis jiran yang melohong
Dari kejauhan; kulihat tebing tanah benderang bertakak
Mungkin sang penghumanya menanam semula
Pepohonan sawit yang suatu ketika gigih menyara
Langit Tumang kekal mendung semendungnya
Gerimis berjela bak tangis nak perawan
Yang dikahwin paksa oleh kedua orang tuanya
Di halaman bonda bebuahan rambutan pelbagai warna
Menyaksikan keindahan persis musiman flora
Muda dan ranum terlihat saling bersela
Aku sedang tekun menyiapkan mobil keluarga
Bersegera untuk kembali pamit ke dada kota
Kerna punya acara keluarga yang seterusnya
Menghantar putera kembali ke pondok ajiannya
Meski belum lunas kerinduan yang merongga
Pada bonda serta mesra puputan bayu desa
Teratak ini kan sunyi lagi nantinya
Tinggal bonda bersama gerimis dipipinya
Tiada kekata yang mampu untuk kuuja
Selain pandangan yang membening kewajahnya
Tinggallah bonda buat sementara
Sehingga harinya bertemu semula
...
Lobai: kpg tumang
johol
Tiada ulasan:
Catat Ulasan