Ahad, 29 Disember 2013

TELEKU

Teleku
Oleh: md share abd ghani


Aku ada disitu
Tatkala purnama merindu
Pada sepasang mata didedahanan kekabu
Dan kerlipan bebintang ikut berlagu
Dibuai malam nan syahdu
Dan aku masih disitu
Cuba mengundurkan waktu
Mencari kekuatan yang dahulu
Mencabar karma untukku
Untuk selalu mengendahkanmu
Biarpun kutahu
Keazamananku sekadar disitu

Aku ada disitu
Memakaikan sarung baldu
Melitupi ubun ubunku
Berteleku
Memohon keampunanMu


Lobai: tmn impian putra
bangi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan