Ahad, 29 Disember 2013

CATATAN DARI TIRAI BESI

Catatan Dari Tirai Besi
Oleh : md share abd ghani


Tirai besi dan wajah kelat
Mengakur karma negara berdaulat
Sebingkis titah membatas diri
Sesal kemudian tak berguna lagi

Belajarlah dari dalam jeriji
Akan arti nafsu nafsi
Makan bercatu dan selimut angin
Bisa membantumu berdisiplin

Ini rumah sementara
Selagi waran berkuatkuasa
Dalam kamar bicara
Kebenaran pasti menjelma

Ingatkanlah seperkara
Didalam kanun dunia
Kita tiada berdosa
Sehingga dibuktikan sebaliknya

Tirai besi dan setia sang siaga
Punya seribu rahsia
Untuk dikongsikan bersama
Selagi pintu taubat terbuka


Lobai: bilik kurungan
balai polis semenyih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan