hati ini tak kan menipu
apatah lagi untuk mengaku
betapa yang terlihat itu palsu
kerana kebenaran sememangnya begitu
terlalu pahit malah terlalu lekit dan beku
kejarlah serta pilihlah yang mana mahumu
yang terpandai, tercantik malah yang paling ayu
adat manusia sering terdorong kerana nafsu
membuat pilihan sememangnya pekerjaan insan
kerana kehidupan yang dianugerahi fikiran
yang mampu membeda diantara kaca dan intan
sementelah lagi mencari kawan mencari teman
semestinya yang berharta serta berkedudukan
itulah kelebihan berbanding kejadian haiwan
yang tahunya cuma makan serta mengawan
nafsu diutamakan dan yang lain tak diperdulikan
hati ini tak kan menipu
betapa yang terlihat itu palsu
kerana naluri mengatakannya begitu
pada zaman yang serasakan semakin maju
seandainya kelebihanmu sekadar ilmu
tanpa sokongan banglo besar dan motokar baru
dirimu tetap akan kekal disitu
juga tidak akan lebih daripada itu
kerana hati ini tak kan menipu
dan selama lamanya kan begitu!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan