Isnin, 4 April 2011

menang

menang


.oleh Md Share Abd Ghani pada pada 05hb April 2011 pukul 1.44 ptg.


menangnya sijuara kita
sekadar menyelak kain musuhnya
memperlekehkan susuknya
mencincang lumat maruahnya
meski ditegah para ulama

menangnya sijuara kita
sekadar menaikan harga
menbandingkan dengan saingannya
antara jiran tetangga
masih 'rendah' harga kita!

menangnya sijuara kita
sekadar membaling batu terkena kepala
oleh budak suruhannya
tiada mengaku setiap angkara
seolah alam ini tiada "Pengetua" !

menangnya sijuara kita
sekadar dikerumuni sipemuja dunia
selepas dijanji, digula gula
kebahagiaan yang sementara
antara aku dan dia tapi bukan mereka!

menangnya sijuara kita
sekadar pertarungan digelanggangnya
dan peraturannya; ciptaannya jua
begitu juga sipenimbangtara
dilantik dikalangan keluarga!

menangnya sijuara kita
sekadar didada media massa
tatkala kita telah bersedia
mereka menangguhkannya pula
jadi apa lagi yang boleh dikata ?



.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan