Selasa, 19 April 2011

takdir kita berbeda

takdir kita berbeza


.oleh Md Share Abd Ghani pada pada 19hb April 2011 pukul 10.04 ptg.


takdir kita berbeda
biarpun seia dan kelihatannya sama
lantaran halatujunya yang serupa
namun takdir kita tetap berbeza
kerana masa telah memastikannya
sedang engkau dipuncak kerjaya
diriku masih teraba raba
mencipta peluang mencari upaya
lantaran hidup sekadar ada
mendapat sekadar punya
dan berharap sekadar doa

takdir kita berbeda
ketika mana kamu mengelilingi dunia
aku cuma disini tiada kemana
hanyut dalam arus angan dan cita
mengembara bersama duka dan airmata
kerana mencari bahagia menggantikan lara
dan terus mencari selagi kan terdaya
yang aku pasti nanti disatu masa
sang suria pasti kan menyinar jua
menerangi jalanku menuju kesana
ke daerah yang bernama selama lamanya

takdir kita berbeda
bak pepohonan yang menghijaui buana
memiliki puspa yang beraneka warna
begitu perantaraan antara kita
seandainya kamu tanyakan lagi kenapa
tentulah ianya rahsia Yang Maha Esa
menjadikan manusia pelbagai rupa
budaya serta bahasa pertuturannya
dan setiapnya diantara kita
walaupun darah sama merahnya...
takdir kita kan tetap berbeda!





.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan