nas
.oleh Md Share Abd Ghani pada pada 08hb April 2011 pukul 9.53 pagi.
tiada banyak yang aku ketinggalan
selain rasa keterujaan rakan
pada majlis yang diuar uarkan
segalanya sedang dirancangkan
semua memainkan peranan
sedangkan aku masih memikirkan
atau mungkin mencari kekuatan
untuk hadir pada pertemuan
kerana hati ini rasa tertekan
pada diri yang serba kekurangan
apa nanti bakal ku katakan
kepada semua persoalan
selepas meninggalkan pengajian
cerita tentang pengalaman
yang tak mampu kugambarkan
nasib kita memang berlainan
kerna itu telah ditentukan
menang kalah itulah ukuran
tinggi rendah pula perbandingan
tidak usahlah dipertikaikan
tiada apa pula perlu kukesalkan
untung nasib dan tuahnya badan
selagi hayat dikandung badan
jua selagi waktu itu diizinkan
aku carikan sedikit kelebihan
walau sesukuan melebihi tuan
yakinlah aku ada kemenangan
bersyukur kita anugerah tuhan
seandainya waktu diundurkan
itupun belum pasti menjanjikan
nasibku mengalami perubahan
kerna kita setakat merencanakan
restu tuhan jua dipengakhiran!
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan