guruku alam
.oleh Md Share Abd Ghani pada pada 15hb April 2011 pukul 9.37 pagi.
apapun warna yang kita pilih
serta jenama yang canggih
tugasmu tetap membersih
dengan segarnya buih buih
yang kekal berwarna putih
aku ingin belajar berguru
denganmu sabun yang sebuku
kerana kau istimewa bagiku
menegakkan kebenaran untukku
dengan putih buihmu bak salju
meskipun beraneka warna
bermacam rupa serta jenama
semuanya itu tiada berdaya
buih buihmu tetap serupa
putih bersih membuat aku leka
putih lambang kebenaran
putih juga lambang kesucian
sekuat mana kita sembunyikan
warna dan jenamanya kita samarkan
kebenaran terserlah pada kemudian
hari ini aku belajar untuk berguru
dengan cuma sabun yang sebuku
kerana sabun tiada pernah menipu
kebenaran yang dalam pencarianku
rupa rupanya ku temui disitu
pada sekadar sabun yang sebuku!
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan