Jumaat, 1 April 2011

kerut seribu wajah

kerut seribu wajah


.oleh Md Share Abd Ghani pada pada 01hb April 2011 pukul 10.11 ptg.

bonda...
kami datang lagi menjengah
seperti kebiasaan yang sudah sudah
tapi kenapa bonda kelihatannya gundah
dengan kerut seribu pada wajah
seakan mengembalikan cerita yang sudah

dan bonda...
apa dikenang padi disawah
andai menjadi tentulah berbuah
apa dikenang yang jadi sejarah
kisah silammu berlalulah sudah

bonda...
tiada apa perlu dikesalkan
kalau hidup susah itu satu pelajaran
kalau hidup susah itu satu pemberian
dan kalau hidup susah itu satu bentuk penggantian
kami belajar menerima kenyataan
redha dalam pengertian
pasrah dalam ketentuan !

sudahlah bonda...
kita tinggalkan cerita nan lama
kisah nasi yang berlaukkan kelapa
kisah rumah yang beratapkan rembia
kali yang ini kami telah bersedia
menggalas bebanan di batu jembala
sebagai mengenang budi dan jasa
jerih payahmu membesarkan kita

bonda...
pinta kami cuma seperkara
halalkan susumu yang pernah dirasa
kepada kami kurniakan redha
kelak kami dinafikan syurga
andai didunia berlaku durhaka
terhadap bonda dan ayahanda berdua!



.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan